Ali ‘Imran ayat 173: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik
pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”. (3: 173) – Hasbunallahu wa
ni’mal wakil.
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir,
al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas
merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum
dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika
golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan
menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir
al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali ‘Imran).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar