Pengertian secara umum ialah Hati Secara khusus mempuyai dua erti iaitu: 1. Hati
jasmani iaitu daging khusus yang berbentuk seperti jantung pisang yang terletak
di dalam rongga dada sebelah kiri dan berisis darah hitam pekat. Ia merupaka
Roh Haiwani. 2.
Ia menyangkut jiwa yang bersifat Lathif Rabbani (halus dan mempunyai sifat
Ketuhanan) dan Ruhani. Lathif Rabbani dan Ruhani Ia memiliki hubungan dengan
hati yang bersifat jasmani sama seperti hubungan a’radh dan jisim serta
hubungan sifat dan yang disifati. Lathif ini merupakan hakikat manusia yang
mengenali, mengetahui, yang diajak berbicara, yang dituntut, diberi pahala dan
dosa. Hati merupakan tingkatan yang kedua batin manusia selepas Shadr,
setelahnya adalah tingkat....
Fu’ad dan Lubb. Firman Allah Taala: “Telah ku ciptakan seorang malaikat di
dalam tubuh anak keturunan Adam. Di dalam malaikat
itu ada ‘Shadr’. Di dalam Shadr itu ada ‘Qalb’. Di dalam Qalb itu
ada ‘Fu’ad’. Di dalam Fu’ad itu ada ada ‘Syagf’. Di dalam Syagf ada
‘Lubb’. Di dalam Lubb itu ada ‘Sirr’. Di dalam Sirr itu
ada ‘Aku”.
Hati manusia merupakan tempat peubahan dan pasang surut yang tetap. Hati
merupakan batas (Barzakh)
antara dunia dan akhirat. Hati merupakan tempat jihad besar (Jihad al Akbar), juga merupakan tempat
jiwa rendah (Nafs) yang terperosok jika dibandingkan dengan Roh yang selalu
merindukan Ilahi. Perang dan rebutan kekuatan antara Roh dan Nafs ini
meruapakan sesuatu yang menguasai hati manusia (Hati = Roh vs Nafs). Mengikut
Al Jilli: Hati merupakan
cahaya
abadi dan rahsia yang tinggi yang diturunkan kepada manusia agar dengannya Tuhan
dapat melihat manusia. Ia merupakan salah satu daya rohaniah manusia. Menurut
Al Jilli lagi, hati ini mempunyai 7 nama: 1 Hati (al qalb) 2 Akal (al ’aql) 3
Penganggar (Wahm) 4 Taffakur (himmah) 5 Fikiran (fikr) 6 Fantasi (khayal) 7 Jiwa
(nafs). Ciri Khas Hati 1 Mempuyai penglihatan dan kebutaan 2
Menjadi tempat bagi cahaya iman, cahaya khusyuk, sifat taqwa, sifat mahabbah,
sifat redha, sifat yakin, sifat takut, sifat harap, sifat sabar, sifat qana’ah 3
Menjadi sumber ilmu, kerana ia umpama sumber mata air. 4 Ia memiliki dua jenis aspek
pengetahuan atau ilmu iaitu dari dalam dan dari luar. Satu sisi Allah
menciptakannya dan pada sisi lain merupakan suatu hakikat. Dan hidupnya hati
bergantung pada dua
aspek
ini. Rasulullah saw bersabda: ”Kesalehan ada di sini, sambil menunjukkan ke
dalam hati” Perbandingan hati dengan shadr Hati sebagai sumber air, Shadr
bagaikan danau, di mana dari sumber air inilah membolehkan air mengalir dan
menjadi danau. Shadr merupakan tempat keluarnya ilmu dari hati atau tempat
masuknya ilmu dari pendengaaran setelah melalui shadr. Keyakinan, ilmu dan niat
selalu bergelora di dalam hati, sehingga terlimpah keluar ke dada. Oleh
demikian, hati ini dianggap sebagai pokok dan shadr meruapakan
cabang-cabangnya. Hati sumber hikmah Hati merupakan tempat ilmu hikmah dan
rahsia. Bagi seseorang yang dibukakan hatinya oleh Allah Taala, sehingga dapat
menyaksikan sesuatu yang ghaib dan dapat melihat sesuatu yang terdapat
di
balik hijab maka ia melihat sesuatu yang ghaib dengan matanya. Hingga walaupun
dibuka dinding hijab tadi, tapi sedikit pun tidak terpengaruh kepada jiwanya.
Sifat Hati Hakim At Tirmizi menggambarkan sifat hati yang dikehendaki oleh
Allah Taala adalah hati para wali Allah iaitu hati yang penuh hasanah hikmah,
tempat rahmat dan rahsia makrifat. Selain itu, ia juga tempat Allah Taala
melihat dengan pandangan rahmatNya, Gedung ilmuNya, tempat pancaran rahsia
hikmah dan tempat kesedaran keesaanNya. Menurut Imam Al Ghazali bahawa di luar
akal dan jiwa terdapat alat yang dapat menyingkap pengetahuan yang ghaib dan
hal-hal yang akan terjadi di masa hadapan. Penyingkapan seperti ini dikatakan
cawan Irfaniyyah. Hanya dengan alat
hati
sahajalah ilmu makrifat boleh diperolehi oleh manusia. Manakala sesetengah ahli
sufi, mengatakan di dalam hati terdapat Sirr dan Ruh. Sirr, Ruh dan Hati,
ketiga-tiganya mempunyai fugsi yang berbeza. Sirr dikatakan sebagai alat atau
tempat untuk ber-musyahadah alam ghaib, Ruh sebagai alat untuk ber-mahabbah
alam ghaib, sedangkan Hati adalah alat untuk ber-makrifat kepada Allah. Fngsi
hati mengikut Ahli Tasawwuf ialah: 1 Sebagai
alat untuk menemukan penghayatan makrifat kepada Allah, kerana dengan hati
inilah manusia boleh menghayati segala rahsia di alam ghaib. Hati itu alim atau
tahu terhadap Allah Taala 2 Hati
berfungsi untuk beramal hanya kepada Allah dan berusaha utuk menuju Allah,
manakala anggota badan yang lainnya hanyalah sebagai pengikut
dan
alat kepada hati semata-mata. 3 Hati taat kepada Allah semata-mata, gerak
ibadat semua aggota badannya adalah pancaran dari hati itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar